-
'(nfSa) epn141 euefreg 1efor4 uerodul nelu .ue>ypr1e,(ued uep snsrnlefta1 erecas uerfe8ued r8eq rsegesrp nep ,ue4p11a,(uad erecas euefreg
u€p qeJesl€d roDIoO qezuf feq srsel re8eqes uolpnqeturp srsel'Cy11gg; rc1e JI.I1S re8eqes ue>lseleTp npsd rur srsel qodruel
u€p qeqes rp>1os tre4ep,(ueu ue8usp rreeua{raq rsesrueEroTesenlreq4eqtd epeduep lerns ue4ldurel e11s 'OVtfggI nBrc III1S rur srsot e{rf
'ue€ua{roq l€pp 8ue,( 8uo1o4
.
'***:NVIVIVS
60u-Zltffin :WIrr?J
erle^(ue6 eure51ffi
(ue4ue1eftp ue{rp}ladued €u€ru rp uspeq/rs€sru?8ro qaloue{n}uelry qe1e1 8uu,{ CVpI1IJ lerunpleru tErmpue8ueyg)
(zrot Ilrrtsvu vISHVU vrxv)ur?lsp rp qq{auJel Sued ruedas urs,{e1e6 ueSuquadel
nel€ uelsruelese>1 qeftepreq 8ue,{ leumpleur rErmpue8uery)
601-ZTWT, :q{rrel
ffi'90-EI-€
:de1e;1uure1y
(snnNga NVDNvTYCNVT)
tl
E
(YI.IgANfl d NVDNvIVCINYI)
qslo ue)lrIssrcCVIilSIXVCII
E|
(IVTITIIIJ
( 2) ue4epue epg** 'n'r33uq uerfeBuad
Isn1psul ?Jelu€ ueJe>ln1Jed ru8eqes ruI slsol u€ull?s l€nqruou ue>lr?ueqry uee4elsndre4 't'e leqes uer le8ued uenln1
{nllm u?url?s lsnqrusru uDIJ€uoqIp ets,{e1ew €o1ou4a1 4IsJeAIul-I ueelelsndre6 'z'ers,{e1el^I r3o1orqe1 plsre^rufl 4rlruDf€r{ g?lsp€ slsel 'I
;lDIrJeq rgedes ueeun8e>1 lerefs-lere,(s ue8uep etsfe1e14 6o1ou4e1 qrsJollun
ueeqelsndre4 rp uedrursrp ru @/WSd) srsel Uu>p?uequreru n4e8ueu
(uvsr{.{nunH)NnsI NnsI ooHJ s^ss
ffi, :NvrfYON[d Isrs
:.In(Iff
.SISflI SNIYIS NYHYSflCNfld CNYUOfl
VISAY-IYW ICO-ION>III IIISUSAINN
-
W: +ll.rgJ,
W:er1erius4?ursN
..'(smes) uu{plpued €rye6 sulss upnn euepmg
quzefl ueqan8nuuEued uunfqryrun !{p,n{ nup dols Fes Fup lep€unut ttut?pg
m edrulafes us8trspu?d ep'ed uup;q edq ?*qupurtFlelg{us s/$€qsq 1n1g efeg,
-
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE
YANG BERTAJUK CLASSIFICATION OF MICROORGANISMS
SAINS TINGKATAN LIMA
CHOO TSUN TSUN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
April 2009
-
6AAZtLT : IpllrBI
ffi:sInuedBIIIeN
q: IxBE'e€PIreJ
..'edurequrns ualselefez(es qalel afunps den&p Euef
uuse{Euu usp uEppu ltrt}q F1pus a,{us efte1 11sstl qslspo ;q e,{m4 Jnr;e edeg,,
-
iii
DEDIKASI
Khas buat ibu yang tersayang
Lim Seow Lin
Dan juga ayah yang dikasihi
Choo Ket Yong
Atas doa dan sokongan yang diberi sepanjang masa ini
Juga kepada rakan-rakan seperjuang
Kong Sing San
Siew Teck Ha
Tai Li Yung
Cheam Yean Jwee
Bantuan dan dorongan yang diberikan
akan dikenang selama-lamanya
-
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tingginya penghargaan kepada Tuan Haji
Muslim bin Jonid selaku penyelia projek sarjana muda saya atas bimbingan and
tunjuk ajar beliau sehingga terhasilnya web portal bahan bantu mengajar (BBM)
yang diharapkan.
Saya juga ingin mengucapkan beribuan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan saya yang telah banyak menyumbang idea untuk projek saya ini. Dan
tidak juga lupa ahli keluarga saya yang memberikan kasih sayang kepada saya
selama ini.
Sekian, terima kasih.
-
v
ABSTRAK
Projek pembangunan web portal yang berasaskan MOODLE yang dibangunkan
adalah bertajuk Classification of Microorganisms. Tajuk ini merupakan salah satu tajuk
subjek Sains Teras Tingkatan Lima. Tujuan pembangunan web portal ini adalah untuk
mengisikan web portal dengan bahan bantu mengajar yang dibangunkan dengan
Microsoft Office Power Point 2007. Selain bahan bantu mengajar yang dibangunkan
dalam Microsoft Office Power Point 2007, isi- isi web portal yang lain termasuk forum,
tugasan, ujian, glosari dan permainan minda. Melalui isi-isi pembelajaran tersebut,
pembelajaran melalui web portal bukan sahaja interaktif, tetapi maklumat yang
diperolehi pelajar adalah terkini kerana web portal boleh dikemaskini dari semasa ke
semasa. Elemen-elemen multimedia yang terkandung dalam bahan bantu mengajar web
portal dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Office Power Point 2007,
Adobe Photoshop CS2, Sony Vegas 8.0, Sound Forge 8.0, Xara 3D, Ulead Cool 3D, GIF
Animator dan Macromedia Flash 2008. Pembangunan elemen-elemen multimedia
bertujuan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
berkesan. Oleh itu, projek ini diharapkan dapat membantu dalam membekalkan
keberkesanan maksima dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
-
vi
ABSTRACT
The title of web portal development project based on MOODLE is
“Classification of Microorganisms”. This title is one of the topics in Science Form 5.
The purpose of web portal development is to fill the web portal with teaching aids which
are mainly developed by Microsoft Office Power Point 2007. Besides, the teaching aids
which were developed by Microsoft Office Power Point 2007, other contents in the
developed web portal include forum, assignment, test, glossary and mind game. Through
the contents stated, learning via web portal is not only interactive but students are able to
obtain the latest learning information. Multimedia elements in teaching aids were
developed by using the software such as Microsoft Office Power Point 2007, Adobe
Photoshop CS2, Sony Vegas 8.0, Sound Forge 8.0, Xara 3D, Ulead Cool 3D, GIF
Animator and Macromedia Flash 2008. The purpose of development of multimedia
elements is to make the lessons more interesting and effective. Hence, this project is
hoped to help in providing maximum effectiveness in teaching and learning process.
-
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH xiv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Projek 6
1.4.1 Objektif Projek 6
1.4.2 Objektif Bahan Bantu Mengajar 6
1.5 Kepentingan Projek 6
1.6 Skop Projek 7
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 8
-
viii
2 SOROTAN PENULISAN 10 2.1 Pengenalan 10
2.2 Definisi Istilah 11
2.2.1 Portal Pendidikan 11
2.2.2 MOODLE 11
2.2.3 E-Pembelajaran 12
2.2.4 E-buku 12
2.2.5 Multimedia 13
2.2.6 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 13
2.2.7 Modul 13
2.2.8 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 14
2.3 Ciri- ciri Portal Pendidikan 15
2.4 Ciri- ciri MOODLE 16
2.5 Kelebihan E-pembelajaran 17
2.5.1 Perbezaan Antara E- pembelajaran dan E-buku 19
2.6 Multimedia Dalam Pendidikan 19
2.7 Ciri- ciri Pembelajaran Berbantukan Komputer 20
2.8 Bahan Bantu Mengajar 21
2.8.1 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang Baik 22
2.8.2 Kelebihan BBM Berasaskan Komputer 22
2.9 Aspek Pedagogi dalam Pembangunan BBM 23
2.9.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 24
2.9.2 Teori Pembelajaran Behaviorisme 26
2.9.3 Stratergi Pengajaran Induktif 27
3 REKA BENTUK PEMBANGUNAN 28 3.1 Pengenalan 28
3.2 Penentuan Tajuk dan Skop 28
3.3 Pengumpulan Bahan dan Penjanaan Idea 28
3.4 Analysis Pembangunan 29
3.4.1 Pemilihan Model Pembangunan Rekabentuk 30
3.4.1.1 Fasa Menganalisis 31
-
ix
3.4.1.2 Fasa Rekabentuk 31
3.4.1.3 Fasa Pembangunan 32
3.4.1.4 Fasa Mengaplikasi 32
3.4.1.5 Fasa Penilaian 33
3.4.2 Objektif Pengajaran 33
3.4.3 Kumpulan Sasaran 33
3.4.4 Senarai Isi Kandungan pelajaran 34
3.4.5 Soalan atau Penilaian Pencapaian 34
3.4.6 Pemilihan Perisian Pembangunan 35
3.4.7 Pemilihan Perisian Multimedia 37
3.4.7.1 Adobe Photoshop CS2 37
3.4.7.2 Sony Sound Forge 8.0 38
3.4.7.3 Ulead Cool 3D 3.5 38
3.4.7.4 Macromedia Flash Professional 2008 38
3.4.7.5 Ulead Gif Animator 38
3.4.7.6 Windows Movie Maker 39
3.4.7.7 Sony Vegas 8.0 39
3.4.7.8 Windows Sounds Recorder 39
3.4.8 Pemilihan perkakasan Pembangunan 39
3.4.8.1 Spesifikasi Perkakasan Minimum Pengguna 40
3.4.8.2 Spesifikasi Perkakasan Minimum Pembangun 40
3.4.8.3 Spesifikasi Perisian Minimum Pembangun dan
Pengguna 41
4 PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE 42 4.1 Pengenalan 42
4.2 Struktur-struktur Asas Web Portal berasaskan MOODLE 42
4.2.1 Paparan Tajuk 44
4.2.2 Paparan Objektif Pembelajaran 44
4.2.3 Paparan Panduan Pengguna 45
4.2.4 Paparan Lessons 46
4.2.4.1 Paparan Set Induksi 47
-
x
4.2.4.2 Paparan Isi Kandungan 48
4.2.4.3 Paparan Penilaian Formatif 49
4.2.4.4 Paparan Kesimpulan 50
4.2.5 Paparan Aktiviti 51
4.2.5.1 Paparan Tugasan 51
4.2.5.2 Paparan Forum 52
4.2.5.3 Paparan Ujian 52
4.2.5.4 Paparan Permainan 53
4.2.6 Paparan Glosari 54
4.2.7 Paparan Web Link 55
4.2.8 Navigasi-navigasi Lain Dalam Web Portal 56
4.3 Cara Log in ke Web Portal 56
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 58 5.1 Pengenalan 58
5.2 Perbincangan 58
5.2.1 Kekuatan dan Kelemahan Web Portal yang Dibangunkan 59
5.2.1.1 Kekuatan Web Portal yang Dibangunkan 59
5.2.1.2 Kelemahan Web Portal yang Dibangunkan 60
5.3 Masalah-masalah yang Dihadapi dalam Pembangunan 61
5.4 Cadangan Umum 62
5.5 Kesimpulan 63
RUJUKAN 64
LAMPIRAN 66-67
-
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perbezaan antara E-Buku dan E-Pembelajaran 19
-
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Peta Minda Isi Kandungan 34 4.1 Paparan Halaman Utama 43 4.2 Paparan Tajuk dan Montaj 44 4.3 Paparan Objektif Pembelajaran 45
4.4 Paparan Panduan Pengguna 46
4.5 Paparan Lessons 47
4.6 Paparan Set Induksi 48
4.7 Paparan Isi Kandungan Dalam Microsoft Office
Power Point 2007 49
4.8 Paparan Penilaian Formatif Dalam Microsoft Office Power Point 2007 50
4.9 Paparan Kesimpulan 50
4.10 Paparan Aktiviti 51
4.11 Paparan Tugasan 51
4.12 Paparan Forum 52
4.13 Paparan Soalan Ujian 52
4.14 Paparan Permaianan Crossword 53
4.15 Paparan Permaianan Words’ Ocean 54
-
xiii
4.16 Paparan Permainan Can You See It? 54
4.17 Paparan Glosari 55
4.18 Paparan Web Link 55
4.19 Paparan Laman Web Portal dengan URL http://mathed.utm.my/mathdyn 57
4.20 Paparan Log In 57
4.21 Paparan Pendaftaran Pengguna Baru 57
4.22 Paparan Pemilihan Tajuk 57
http://mathed.utm.my/sains
-
xiv
SENARAI SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH
BBM - Bahan Bantu Mengajar CAI - Computer Aided Instruction CAL - Computer Aided Learning CBI - Computer Based Instruction CBL - Computer Based Learning CBT - Computer Based Testing CD-ROM - Compact Disc Read Only Memory CMS - Content Management System HTML - HyperText Markup Language IMK - Interaksi Manusia dengan Komputer KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah LAN - Local Area Network MOODLE - Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment MSC - Multimedia Super Corridor OHP - Overhead Projector P&P - Pengajaran dan Pembelajaran PHP - Hypertext Preprocessor PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
-
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Teknologi maklumat merupakan asas kepada kehidupan masyarakat kini. Ini
sejajar dengan perkembangan dunia sejagat. Kemajuan teknologi masa kini yang
hangat dibincangkan dan dikatakan banyak pengaruhi kehidupan harian manusia
ialah kemajuan di dalam bidang teknologi perkomputeran.
Selaras dengan Wawasan 2020, Koridor Raya Multimedia (MSC) menjadi
pemangkin kepada perkembangan pesat sektor teknologi maklumat. Prasarana seperti
jaringan atau network, Local Area Network (LAN) dan rangkaian tanpa wayar telah
digunakan secara meluas. Internet telah menjadi sumber maklumat yang terpenting
pada masa kini. Ia dilihat sebagai satu alat untuk mengakses maklumat dan
pengetahuan secara global untuk pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Ia
bukan sahaja mudah diaplikasikan, bahkan merangkumi maklumat yang terkini.
Alam siber boleh digunakan untuk mempromosikan kefahaman, menambahkan
keupayaan untuk memproses maklumat kepada pengetahuan dan barangkali
mencapai kebijaksanaan (Henderson, 1992).
Bidang pendidikan telah lama diterima sebagai tunggak pembangunan
ekonomi alaf baru kerana ia dilihat sebagai pemangkin kepada masyarakat berilmu
dan berakhlak mulia. Dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat telah
membawa perubahan baru dalam suasana pembelajaran di mana ia digunakan
-
2
sebagai suatu kaedah untuk menyebarkan maklumat kepada pendidik dan pelajar.
Kedatangan alaf baru yang disertai dengan ledakan teknologi maklumat dan
komunikasi memberikan tekanan kepada perlunya perubahan radikal dalam dunia
pendidikan. Dalam konteks pendidikan, kepesatan teknologi maklumat tanpa
sempadan sedikit sebanyak mengubah dan mempengaruhi system pendidikan
Malaysia. Penggunaan komputer telah mengambil alih pengajaran and pembelajaran
yang bersifat tradisional. Pegurusan sekolah juga menggunakan sistem yang
berasaskan komputer. Projek Sekolah Bestari yang dimulakan sejak tahun 1999 yang
melibatkan 90 buah sekolah adalah satu langkah yang wajar Kementerian Pendidikan
untuk merevolusikan pendidikan negara supaya setaraf dengan pendidikan di negara
maju. Selain sekolah bestari dilengkapi dengan infrastruktur multimedia dan
rangkaian internet, sekolah-sekolah lain mahupun persendirian atau kerajaan turut
dilengkapi perkakasan multimedia mengikut bajet setiap sekolah untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran.
Kini, bahan bantu mengajar tidak lagi terhad dengan mengaplikasikan
perisian atau OHP projector. E-pembelajaran dan pembelajaran jarak jauh juga telah
diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang ada sekarang telah
ditukar menjadi bilik darjah maya dan global. Dengan adanya portal pendidikan yang
menyediakan bahan bantu pengajaran, bilangan pelajar yang mengikuti pelajaran
boleh dipertingkatkan walaupun bilangan guru masih kurang di negara kita. Ini
merupakan salah satu alternatif dalam sistem penyelenggaraan pendidikan. Hal ini
disebabkan oleh beberapa kelebihan yang dimiliki teknologi informatik yang telah
berkembang pesat, sehingga mememungkinkan penggunanya dapat bekerja secara
cepat dan memiliki jaringan yang sangat luas.
Komputer telah diperkenalkan dalam pendidikan sejak tahun 1970. Selepas
tahun 1990, ia diintergrasikan dalam bilik darjah yang mengutamakan pembelajaran
teory. Pembelajaran berbantukan komputer atau Computer Aided Learning (CAL)
menjadi semakin popular di sekolah-sekolah Malaysia. Komputer membolehkan
tumpuan diberikan kepada setiap individu dan pelajar. Ini adalah sejajar dengan
kaedah pendidikan masa kini yang menekankan tumpuan kepada pelajar. Guru-guru
-
3
mata pelajaran Sains sekolah kerajaan telah dibekalkan komputer riba supaya dapat
menggunakan dalam pengajaran.
Multimedia merupakan unsur yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran berbanding dengan imej statik dan teks dalam buku teks. Gabungan
teks, grafik, animasi, audio dan video memberikan kelebihan dalam pengajaran.
Pelajar dapat menggunakan kesemua lima deria dalam pembelajaran. Tahap
penguasaan dan pengingatan ditingkatkan apabila multimedia diaplikasikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan pelbagai deria.
Proses pembelajaran juga akan menjadi lebih aktif (Dorothy Diamond, 1978).
Bahan bantu mengajar yang dipersembahkan dalam bentuk e-pembelajaran
perlu dirancang dengan teliti sebelum dipaparkan. Kreativiti dan kemahiran dalam
pembangunan bahan bantu mengajar adalah penting dalam meningkatkan kualiti
pembelajaran. Latihan sedang dijalankan bagi melahirkan ramai guru mahir dalam
teknologi maklumat agar mereka boleh berfungsi dengan cekap dan berkesan dalam
membangunkan bahan bantu mengajar yang berkualiti.
Pelbagai pihak sama ada individu, agansi kerajaan ataupun swasta telah
mengorak langkah membina laman web masing-masing untuk member kemudahan
kepada pelajar-pelajar mengikuti pembelajaran atas talian. Modul bahan bantu
mengajar yang berasakan e-pembelajaran akan dibangunkan di bawah projek ini.
Web portal yang mengandungi isi-isi kandungan pengajaran dan pembelajaran Sains
akan diperkenalkan di setiap sekolah tempatan yang mempunyai infrustruktur
multimedia yang lengkap pada masa yang akan datang.
1.2 Latar Belakang Masalah
Buku teks merupakan sumber utama dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah-sekolah Malaysia. Namun, pembelajaran Sains dengan hanya melibatkan
penggunaan buku teks adalah membosankan. Pelajar hilang minat terhadap
-
4
pembelajaran disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bahan pembelajaran yang tidak
menarik dan tidak menepati objektif pengajaran, organisasi isi kandungan tidak
sistematik, persekitaran pembelajaran yang kurang memuaskan dan peralatan
pengjaran yang static, faktor-faktor ini akan menyebabkan keciciran pelajar (Okey,
1985).
Strategi pembelajaran dan pengajaran tradisional tidak lagi sesuai
diaplikasikan pada zaman perkomputeran ini. Buku teks Sains jarang memaparkan
perkembangan Sains terkini. Penerangan isi kandungan melalui teks dan imej statik
adalah kurang jelas dan menyebabkan pelajar bercenderung untuk menghafal
berbanding memahami maklumat-maklumat Saintifik. Guru pula akan gagal
menyampaikan pengajaran secara berkesan dengan hanya menggunakan kaedah
chalk and talk. Pembelajaran menggunakan komputer membolehkan pelajar belajar
secara proaktif, pembelajaran terarah dan berpusatkan belajar. Secara tambahan,
pembelajaran melalui komputer menggunakan masa yang lebih singkat.
Bahan bantu mengajar yang berasaskan komputer jarang digunakan oleh guru
(Hong,2002). Ini disebabkan kuantiti hasil BBM adalah kurang di pasaran tempatan.
Bilangan penghasilan modul bahan bantu mengajar dalam bentuk MOODLE di
Negara kita adalah sikit berbanding dengan negara asing yang maju. BBM yang
disalurkan melalui internet daripada hasil tempatan juga jarang dikesan. Namun,
keperluan tempatan semakin bertambah di era ini. Kemahiran tenaga pekerja dalam
aspek ini adalah terhad. Pada masa kini, kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi
mengintegrasikan subjek multimedia dalam pembelajaran. Tujuan ini adalah untuk
melahirkan generasi baru yang melibatkan diri dalam pembangunan BBM yang
berkualiti.
Penggunaan BBM tradisional seperti OHP boleh meningkatkan keberkesanan
dalam pengajaran, tetapi wujudnya masalah pengambilan masa yang panjang untuk
membangunkan satu skop tajuk yang kecil. Oleh itu, alternatif lain dalam
pembangunan BBM amat diperlukan. Kebelakangan ini, penggunaan perisian BBM
sedang dilaksanakan di kebanyakan sekolah yang mempunyai infrastruktur alat
multimedia. BBM dalam bentuk multimedia telah menggantikan BBM tradisional.
-
5
Namun begitu, perisian juga mempunyai had dalam sesetengah aspek. Tanpa perisian,
pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran mahupun terdapat komputer yang
canggih. Jadi, e-pembelajaran mula diperkenalkan. Sumber dan bahan pengajaran
dan pembelajaran dapat disimpan dan digunakan dengan dengan adanya kemudahan
internet. Maklumat dalam e-pembelajaran dapat dikemaskini dari masa ke masa.
Pelajar dapat belajar pada tahap kendiri dan pada bila-bila masa.
1.3 Pernyataan Masalah
Perisian BBM yang bercorak tempatan dan selari dengan sukatan mata
pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mencukupi di negara ini.
Pembangunan web portal yang mengandungi bahan bantu mengajar merupakan
alternative baru. Jenis pembelajaran ini dikenali sebagai e-pembelajaran.
Penggunaan web portal merupakan isu baru di negara kita. E-pembelajaran
membawa satu perubahan baru dalam proses pembelajaran secara lebih berkesan
daripada pelbagai aspek. Kebanyakan institusi pengajian tinggi telah
mengaplikasikan system e-pembelajaran. Sebagai contoh, Universiti Teknologi
Malaysia mempunyai web portal yang menyediakan saluran e-pembelajaran untuk
setiap fakulti di bawah Universtiti tersebut. Antara kepentingan e-pembelajaran
adalah ia murah, mempunyai kepelbagaian stratergi penggunaan, maklumat diakses
secara serentak, interaktif, kandungan bahan terkini dan perkongsian maklumat. Jadi,
jelaslah kita ia mempunyai kelebihan berbanding BBM yang lain sama ada perisian
ataupun BBM tradisional.
Kepentingan pembelajaran berbantukan komputer tidak dapat dinafikan.
Tanpa komputer, pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan. Nielsen,1995
menyatakan “Skrin komputer berbentuk dua dimensi, pengguna tidak akan
memahami secara keseluruhan struktur berbentuk tiga dimensi jika dihuraikan secara
ringkas. Animasi digunakan untuk menekankan objek tiga dimensi serta
-
6
memudahkan pengguna mengvisualisasikan struktur objek.” Oleh itu, BBM dengan
unsur animasi amat diperlukan dalam tajuk Classification of Microorganisms.
1.4 Objektif
1.4.1 Objektif projek
Objektif projek ini adalah seperti berikut:
i. Membangunkan web portal berasaskan MOODLE yang bertajuk
Classification of microorganism, Sains tingkatan lima.
ii. Mengisi web portal yang disediakan dengan bahan bantu mengajar untuk
guru dan bahan sokongan pembelajaran pelajar.
1.4.2 Objektif Bahan Bantu Mengajar
Dengan mengaplikasikan bahan bantu mengajar, pelajar-pelajar dapat:
i. Senaraikan ciri-ciri pelbagai jenis mikroorganisma.
ii. Mengklasifikasi mikroorganisma kepada bacteria, virus, protozoa, fungi dan
alga.
iii. Menghuraikan ciri-ciri setiap kumpulan mikroorganisma.
1.5 Kepentingan projek
Projek ini bertujuan menyampaikan cara mengklasifikasi lima jenis
mikroorganisma. Mikroorganisma tidak dapat dilihat melalui mata kasar. Justeru itu,
selain daripada menjalankan eksperimen, pelajar dapat menambahkan pengetahuan
mereka tentang ciri-ciri mikroorganisma seperti struktur dan cara pergerakan melalui
-
7
pendedahan unsur-unsur multimedia. Unsur-unsur multimedia termasuk audio, video,
grafik, animasi dan penulisan yang kreatif. Sebagai contoh, cara pembiakan bakteria
akan disampaikan dalam bentuk animasi dalam projek ini. Oleh itu, cara
penyampaian tersebut akan mengurangkan kekeliruan pelajar terhadap ciri-ciri setiap
mikroorganisma di samping meningkatkan minat mereka terhadap tajuk ini.
Tajuk ini bercenderung kepada bentuk abstrak. Penerangan isi kandungan
dengan menggunakan unsur multimedia dapat mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan. Guru dapat menjimatkan masa dalam pengajaran
kerana tidak perlu menghuraikan struktur atau cara pembiakan mikroorganisma
melalui lukisan di papan hitam. Cara pengajaran tradisional yang mengambil masa
dapat dielakkan. Seperti kata perpatah: masa itu emas. Jadi, beban guru dapat
dikurangkan di samping mempunyai masa berlebihan untuk pengajaran yang lain.
Pembelajaran melalui web portal tidak mempunyai sebarang had masa.
Pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dihadkan dalam bilik darjah. Oleh itu, pelajar
boleh mengulangkaji atau memperkukuhkan pembelajaran mereka pada bila-bila
masa sahaja. Projek ini memudahkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pelajar-pelajar dapat saling bertukar
pendapat melalui forum dalam web portal yang disediakan. Kemahiran berfikir
pelajar akan menjadi lebih matang. Guru pula dapat memantau pelajar dengan
memberikan nasihat dan menyelesaikan masalah pembelajaran yang rumit.
Perhubungan dua hala tersebut akan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
1.6 Skop Projek
Bahan bantu pengajaran yang berasaskan web portal memfokus kepada bab 1:
Microorganism and its effects on our lifes, Sains KBSM tingkatan 5. Sub tajuk yang
dibangunkan dalam web portal adalah Classification of microorganism. Isi
-
8
kandungan bahan bantu pengajaran ini adalah berdasarkan sukatan pelajaran KBSM
Sains tahun 2006 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kumpulan sasaran utama projek ini ialah pelajar-pelajar tingkatan 5, aliran
sastera serta guru-guru mata pelajaran sains. Pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 yang
mengambil mata pelajaran biologi dalam aliran sains merupakan kumpulan sasaran
tambahan. Ini disebabkan isi kandungan biologi mempunyai unsur yang berkaitan
dengan mikroorganisma.
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk
Tajuk Classification of microorganism merupakan tajuk pertama dalam isi
kandungan KBSM Sains Tingkatan 5. Ia dipilih sebagai tajuk kerana penggunaan
unsur-unsur multimedia amat diperlukan dalam penyampaian pegajaran oleh guru-
guru Sains. Pelajar-pelajar akan aktif dalam aktiviti pembelajaran jika terdapat isi
kandungan pembelajaran yang jelas dan menarik. Pengajaran akan menjadi efektif
melalui bahan bantu mengajar yang dibangunkan. Cara mempersembahkan tajuk
pertama dalam pengajaran adalah amat penting kerana persembahan yang menarik
akan memupuk sifat minat pada pelajar terhadap subjek ini.
Pelbagai mikroorganisma dihuraikan di bawah tajuk ini. Justeru itu, tanpa
bahan bantu pengajaran, pelajar akan hafal semua isi kandungan melalui fakta-fakta
dalam buku teks walaupun tidak mempunyai peratusan kefahaman yang tinggi. Buku
teks yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai unsur
grafik dalam penerangan isi kandungan. Walaupun grafik merupakan salah satu
unsur multimedia, tetapi ia terhad dalam penerangan isi kandungan yang melibatkan
pergerakan. Peratusan kefahaman pelajar terhadap isi kandungan akan ditingkatkan
selepas didedahkan kepada penerangan yang lebih konkrit. Daya imaginasi setiap
pelajar adalah berbeza. Tanpa bahan bantu pengajaran, miskonsepsi terhadap isi
kandungan akan terwujud tanpa disedari.
-
9
Normy Azura bt md Noor(2008), merupakan guru Sains yang berkhidmat di
SMK Mutiara Rini 2, Skudai, Johor selama 2 tahun telah menyatakan tajuk
classification of microorganism amat memerlukan bahan bantu mengajar untuk
merangsangkan minat pelajar dalam mempelajari tajuk tersebut. Kadar penguasaan
pelajar terhadap sesuatu tajuk dapat dipertingkatkan jika mereka meminati tajuk itu.
Tanpa sebarang minat, pembelajaran akan mengambil masa yang agak panjang.
Nurul Huda bt Idrus(2008), juga merupakan guru Sains yang berkhidmat di
SMK Mutiara Rini 2, Skudai, Johor, berpengalaman dalam subjek Sains selama 2
tahun menyatakan bahan bantu mengajar amat diperlukan untuk tajuk ini kerana
dapat menjimatkan masa guru dalam proses pengajaran. Grafik-grafik yang menarik
amat diperlukan dalam penjelasan isi kandungan tajuk ini. Grafik selain daripada
imej statik yang terdapat dalam buku teks KBSM Sains dapat membantu pelajar
memahami fakta-fakta Sains.
Pelajar-pelajar tingkatan 5 menduduki peperiksaan SPM. Mereka
memerlukan sijil kelulusan SPM untuk melanjutkan pelajaran. Kelulusan yang
cemerlang amat diperlukan untuk memperolehi masa depan yang cerah. Oleh itu.
penguasaan isi kandungan tajuk tersebut amat penting agar mereka dapat menjawab
soalan peperiksaan dengan penuh keyakinan.